Isu UPSR BOCOR 2014 : Jurutera direman empat hari

Jurutera direman empat hari

Screen Shot 2014-09-16 at 9.47.29 PM
Kuala Lumpur: Polis berjaya mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk menahan reman selama empat hari bermula hari ini ke atas seorang jurutera bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014.

Majistret Mohd Raihan Mohd Haris membenarkan perintah reman terhadap lelaki berusia 34 tahun yang ditahan di Kemaman, Terengganu, malam tadi.

Suspek direman mengikut Seksyen 117 Kanun Presedur Jenayah untuk disiasat mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi.

Permohonan perintah reman dibuat oleh pegawai penyiasat kes Inspektor Haziq Hussin.

Foto
LAPORAN Harian Metro bagi kes kebocoran soalan UPSR 2014.

Semalam, polis mendapat perintah tahanan reman ke atas seorang guru besar, dua guru dan seorang ejen insurans selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes kebocoran soalan UPSR.

Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan selepas murid menduduki peperiksaan itu pada Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 turut ditangguhkan sebelum mereka mengambilnya pada hari berkenaan.

LPM menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baru bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.

Susulan kes kebocoran itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pengarah LPM Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan itu selesai.

Sumber :- http://www.hmetro.com.my/articles/UPSR_Juruteradiremanempathari//Article

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/16

Share on Facebook

Leave a Comment