Hebahan Tawaran Biasiswa kepada Pelajar Malaysia bagi mengikuti Program Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Sarjana Sastera (Masters) dan Sarjana Muda Sastera di Institusi Pengajian Tinggi Brunei Darussalam

Hebahan Tawaran Biasiswa kepada Pelajar Malaysia bagi mengikuti Program Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Sarjana Sastera (Masters) dan Sarjana Muda Sastera di Institusi Pengajian Tinggi Brunei Darussalam

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia,

YBhg Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima memo dari Bahagian Dasar & Antarabangsa mengenai Tawaran Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam kepada Pelajar-Pelajar Luar Negeri bagi Sesi Akademik 2014/2015. Program adalah terbuka kepada pelajar-pelajar bagi mengikuti program Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Sarjana Sastera (Masters) dan Sarjana Muda Sastera (BA/BSc) di Institusi Pengajian Tinggi Brunei Darussalam.

3. Butirannya adalah seperti berikut:

Tajuk hebahan
Tawaran Biasiswa Kerajaan Brunei Darussalam Kepada Pelajar Malaysia bagi Sesi Akademik 2014/2015
Tarikh tutup permohonan
17 Januari 2014
Tahun akademik
Tahun 2014/2015
Institusi pengajian
Universiti Brunei Darussalam (UBD)
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)
Institut Teknologi Brunei (ITB)
Maklumat lanjut
Maklumat lanjut tentang syarat kelayakan dan borang permohonan boleh dicapai di pautan berikut:

Hebahan : http://www.mofat.gov.bn/index.php/announcement#startOfPageId943

Syarat Kelayakan : http://www.mofat.gov.bn/images/scholarship/APPENDIX%20ENTRY%20REQUIREMENTS.pdf

Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti dibawah sebelum 17 Januari 2014 dan sesalinan permohonan hendaklah dihantar ke emel bb.international@moe.gov.my (Bahagian Biasiswa, KPM) untuk tujuan rekod:

Techical Assistance Division
Ministry of Foreign Affairs and Trade
Bandar Seri Begawan BD2710
Brunei Darussalam
Tel: 00-673-2261177 ext 387/386/380/383
Fax: 00-673-2230903
Website: www.mofat.gov.bn
Email: scholarship@mfa.gov.bn

ATAU

High Commission of Brunei Darussalam.
19th Floor, Menara Tan & Tan, Jalan
Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel: 03 2161 2800 / 2161 2828

4. Sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa in boleh dikemukakan terus kepada pihak penganjur di alamat emel scholarship@mfa.gov.bn atau Bahagian Biasiswa, KPM asnira.mohtar@moe.gov.my

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Asnira binti Mohtar.
Bahagian Biasiswa
Sektor Pengajian Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6 Presint 5
62200 Putrajaya

Website:www.moe.gov.my

Share on Facebook

Leave a Comment